Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

5 Orang Pencipta Pelaratan Hebat dari barang buangan Di Dunia

Peralatan hebat bukan hanya dari barang mewah tetapi barang buangan juga bisa dari barang hebat. 
PalingViral.com - Sampai saat ini sampah merupakan masalah serius di negeri ini, terutama di kota-kota besar dengan jumlah penduduk yang melebihi batas. 
Dengan teknologi yang tepat,  sampah yang tadinya menjadi masalah sebagai barang buangan, kotor, berbau, menimbulkan penyakit dan mencemari lingkungan dapat menjadi barang yang bisa dimanfaatkan dan memiliki nilai ekonomi tinggi bahkan menjadi peralatan yang hebat untuk digunakan. 
Dilansir dari berbagai sumber berikut adalah 5  Orang Pencipta Pelaratan Hebat dari barang buangan Di Dunia :

1. Lelaki China Bina Mesin Dialisis Sendiri.
Mesin dialisis menapis darah seseorang apabila buah pinggangnya tidak lagi berfungsi. Nyata sekali, ianya tugas yang penting, dan ia memerlukan mesin yang sama luar biasa untuk melakukannya biasanya sebesar sebuah kereta kecil.Hu Songwen, seorang lelaki daripada pekan kecil di timur China, menghidap penyakit buah pinggang sejak lebih 20 tahun. Tidak mampu untuk menjalani rawatan mahal dan kerap (tiga kali seminggu), Hu mengambil keputusan untuk mencipta mesin penapis-darah beliau sendiri di dalam bilik mandinya. Ya.Beliau mengepam darahnya melalui mesin buatan sendiri di dalam bilik mandi.
Dengan tiada latihan perubatan dan mekanikal sama sekali — beliau sedang belajar meteorologi sebelum penyakit ginjal menyebabkan beliau berhenti pada 1993 — Hu membina proses dialisis sendiri yang berjaya merawat beliau. Kini, setiap rawatan hanya berharga 12 peratus daripada harga klinik. Lebih mengagumkan, Hu memasang peralatan kompleks ini dengan hanya menggunakan buku teks perubatan, peralatan dapur, dan kepintaran teknikal. Anda tahu apa dikatakan orang: takut mati merupakan asas segala penemuan.
Hu menekankan bahawa beliau tidak rasa beliau seorang genius atau wira kerana melakukan ini dan tiada siapa patut meniru kelakuan beliau — beliau terpaksa membinanya kerana tidak mampu untuk melakukannya cara betul. Terima kasih kepada undang-undang insurans baru, Hu kini layak untuk mendapat rawatan dengan harga berpatutan di hospital. Tetapi beliau tidak pasti ianya sesuai — hospital tersebut adalah sangat jauh dan terlalu penuh untuk temujanji tiga kali seminggu. Apa lagi? Kita tunggu saja projek beliau selepas ini untuk membuat buah pinggang reaktor seperti dalam filem Iron Man.

2. Pekebun Mencipta Peralatan Kebun Daripada Sampah
Bertani merupakan kerja yang amat susah walaupun dengan peralatan yang terhebat. Jika anda hanya mempunyai peralatan asas, atau lebih teruk — tiada langsung — secara teknikalnya anda bukan “berkebun”. Nasib baik untuk sebuah komuniti luar bandar di Cuba, mereka ada Yolando Perez Baez.
Baez menyelongkar tapak pembuangan sampah setempat dan membina sebuah mesin pertanian luar biasa daripada barang buangan yang beliau kumpul. Salah satu ciptaan paling berhasil beliau adalah pengasap racun tanaman yang telah mengurangkan masa pengasapan dari enam jam ke satu sahaja.. Tambahan, ianya membuat anda kelihatan seperti pemain cosplay steam-punk, dan ianya mendapat 5 bintang dari kami.
Ciptaan beliau yang lain termasuklah topi berkebun, kereta sorong , dan sejenis sistem pemberat untuk jumpstart enjin mati yang rupanya seperti sebuah perangkap dalam kartun Looney Tunes.

3. Remaja Membina Stesyen Radio Untuk Komuniti Beliau Di Sierra Leone 
Di Freetown, Sierra Leone, terputus bekalan elektrik selama seminggu adalah perkara biasa. Mujur untuk sebuah komuniti di negara kecil Barat Afrika ini, terdapatnya budak pintar seperti Kelvin Doe. Kepandaian bidang elektrikal Doe disebabkan oleh keperluan: pada umur 13 tahun, beliau benci dan letih untuk membaca mengguna lampu lilin, jadi beliau mengumpul sedikit asid, soda, logam, dan pita saluran (“duct tape”) untuk bateri buatan sendiri, yang digunakan untuk menghidupkan sebuah lampu … yang, tentunya, juga dibina beliau. Sejak itu, tidak seorang pun yang tinggal berdekatan Doe membeli bateri pasaran.
Kemudian, beliau membina sebuah penjana elektrik (“generator”) daripada penstabil voltan berkarat. Mengapa seorang remaja memerlukan sebuah generator? Begini, apabila beliau tidak sibuk mencipta elektronik rumit dari barang-barang terpakai, Doe bercita-cita untuk menjadi DJ. Kebanyakan DJ kini hanya memakai kaca mata gelap, tiba di kelab, berdiri di sudut, dan membuka aplikasi iScratch dari Macbook mereka. Doe terpaksa membina radio stesyen beliau sendiri agar beliau dapat memainkan muziknya. Sekarang Doe bukan sahaja menghiburkan seluruh kawasan kejiranan, beliau juga menggaji kawan-kawannya untuk bekerja.
Beliau dikenali sebagai pakar teknikal oleh MIT dan Harvard, dan MIT mengiktiraf bakatnya dengan menjadikan beliau peserta paling muda dijemput menyertai “Visiting Practitioner’s Program”. Bayangkan apa budak genius ini boleh capai jika “Cukup Modal” bermaksud lebih daripada “mencari radio rosak di tepi jalan” dan mempunyai sumber elektrik yang boleh diharapkan dan tidak putus-putus.

4. Lelaki Brazil Membina Kereta Sendiri Daripada Besi Buruk
Padamnya, untuk menjaga kerja, seserang perlu muncul di tempat kerja. Jika anda tidak mempunyai akses kepada pengangkutan awam murah dan boleh diharap, kenderaan anda, atau kaki yang kuat (berbasikal atau berjalan), anda tidak mempunyai harapan. Beliau berlapar untuk berbulan lamanya, menyimpan setiap wang hasil mengemis untuk mengumpul beberapa ratus dolar diperlukan untuk membeli besi buruk. Kemudian beliau — seseorang yang langsung tiada pengalaman kerja logam –menggunakan pemukul dan pahat pinjam untuk membentuk timbunan besi buruk menjadi kenderaan.
Tiada tali pinggang keledar, beg udara keselamatan, atau isyarat membelok, tapi beliau mempunyai masa untuk memasang radio dan but he had time to wire a radio and dek kaset.

Kami tahu, ia bukannya Lamborghini — dikuasai dengan enjin motosikal 125cc yang de Souza jumpa di , ia mampu untuk berjalan sejauh 50 batu sejam pada hari elok. Namun, kereta ini jauh memudahkan hidup de Souza. Berterima kasih pada kenderaan buatan sendiri ini, beliau berjaya mendapat kerja di ladang tebu berdekatan.
ia mengambil masa empat tahun, tetapi lelaki ini membina sebuah kereta daripada besi terpakai dengan menggunakan dua alat tertua dunia. Sesuai dengan kecomelannya, kereta yang dinamakan Shrimpmobile(“Kereta Udang”) ini mempunyai semua peralatan untuk tidak melanggar undang-undang jalan raya, termasuk lampu, cermin, dan pelekat berapi.

5. Petani China Membina Tangan Mekanikal Sendiri
Tiga puluh tahun dahulu, Sun Jifa dari wilayah Jilin, China hilang kedua-dua tangan beliau ketika menuba ikan. Anda tahu apa kata mereka: “Kadang-kadang bom dinamit mendapat ikan, kadang-kadang bom dinamit mendapat tangan anda. Kebanyakannya bom dinamit mendapat tangan anda. Tolong … jangan menuba ikan.” Ia merupakan pepatah panjang, dan ianya lebih berkesan dalam bahasa Mandarin.

Sun seorang petani. Belia memerlukan kedua-dua tangannya untuk bekerja. Jadi daripada hanya bekerja sebagai duta kempen anti-menuba ikan, memberi ucapan pendek tapi mengerikan dalam bilik darjah lalu menjadi tetamu undangan di Minggu Keselamatan dan Kesedaran Menuba Ikan, Sun memutuskan untuk membina tangannya sendiri.

Walaupun tangan palsu semestinya ada di pasaran China, ia pada am nya hanyu mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang tidak perlu menuba ikan untuk menyara hidup. Jadi, selepas lapan tahun membimbing dua anak saudaranya, Sun berjaya menyempurnakan sepasang tangan bionik steampunk. Diperbuat daripada keluli dan dikawal dengan siku melalui siri wayar dan tajak rumit, dia kembali boleh melakukan hampir apa sahaja anda boleh lakukan dengan tangan sebenar, seperti menggenggam, memegang, dan mencekik musuh dalam selimut beliau.

Ianya berfungsi dengan elok sekali, hinggakan, Sun dan anak saudara beliau telah mula membina tangan palsu untuk insan kurang bernasib baik lain. Itu, atau mereka sedang membina angkatan tentera untuk menguasai dunia.